Tuesday, January 12, 2010

pengajaran pembelajaran mate sains dgn komputer

Artikel ini berkenaan dengan kajian penggunaan perisian GSP sebagai teknik pengajaran dalam penyelesaian matematik berkenaan dengan tajuk Penjelmaan. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, ramai pelajar mengakui penggunaan perisian ini menarik minat ramai pelajar dan mudah difahami kerana mengikut langkah penyelesaian yang kemas.

http://www.docstoc.com/docs/19707657/PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-MATEMATIK-BERBANTUKAN-KOMPUTER

7 comments:

  1. Salam..panjangnya artikel k.da...NA KURANG FAHAM SKIT bab sains ni.esok class tlg explain ko na deh....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Dalam dunia yang serba maju dan penggunaan ICT yang makin meluas, adalah menjadi cabaran utama kepada guru untuk turut berada pada kedudukan yang sama dalam mendidik para pelajar. Penggunaan alat-alat terbaru yang dapat membantu menarik minat pelajar dan secara tidak lansung akan meningkatkan prestasi pencapaian.

    Dalam teks ini ia membincangkan bagaimana penggunaan alat GPS dapat membantu guru dalam mengajar matapelajaran matematik menjadi lebih berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan kecemerlangan.Alat ini sudah pasti akan menjadi sesuatu yang menarik kepada para pelajar kerana persembahannya adalah menarik dibandingkan dengan cara biasa dengan hanya bergantung kepada kertas atau lukisan di papan hitam/whiteboard.

    sudah menjadi kebiasaan kepada para pelajar, mereka akan lebih tertarik dan berminat sekiranya bahan yang digunakan adalah sesuatu yang masih asing bagi mereka. Bagi guru pula, ini akan memberi pendedahan kepada mereka tentang kaedah-kaedah pengajaran terkini dan dapat mempelajari skil-skil yang baru.

    namun begitu, persoalan yang timbul, sejauh manakah penggunaan alat ini dapat di gunakan keseluruh peringkat sekolah? Dapatkah setiap guru menyediakan alat ini bagi tujuan pengajaran? jika melihat kepada tahap pendedahan pelajar diluar bandar adalah agak terhad, adakah mereka dapat menerima sesuatu yang baru ini? Dapatkah alat ini memaksimumkan tahap pencapaian pelajar? Ini adalah antara faktor yang perlu di buat lebih justifikasi supaya setiap pelajar tidak kira di bandar atau luar bandar atau bagaimana tahap pencapaiannya dapat memanfaatkan penggunaan alat ini.

    sebagai kesimpulan, biar apa cara sekalipun, kita sebagai guru perlulah menjadi orang yang sentiasa dahagakan ilmu, tidak mengira sama ada ilmu itu susah atau senang, pokoknya adalah untuk kebaikan anak bangsa kita semua.

    ReplyDelete
  4. ICT seharusnya di terapkan dalam pembelajaran di sekolah khususnya mate dan sains. Memang banyak kebaikan yang akan diterima pelajar-pelajar terutamanya untuk menarik minat mereka dalam mempelajari subjek yang sering dikatakan susah; mate sains. Sekurang2nya, dengan perisian yang menarik pada komputer, pelajar akan tertarik dan mudah menerima ilmu. Tumpuan mereka bukan hanya pada pembelajaran buku dan pada papan tulis semata-mata.

    ICT dalam pembelajaran juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada dunia teknologi. Setidak2nya, pelajar yang berada di luar bandar dan kurang berkemampuan berpeluang mempelajari ICT secara ringkas melalui pembelajaran di dalam kelas.

    Untuk itu, guru-guru perlu memperlengkapkan diri mereka dengan pengetahuan komputer untuk memudahkan pengajaran mereka.

    ReplyDelete
  5. salam.

    Ini sedikit tips yang berguna terutama untuk yang memilih untuk belajar menggunakan komputer dalam P&P:

    1. Pastikan cahaya lampu / matahari disekeliling anda cukup terang berbanding cahaya skrin monitor. Ini untuk mengelakkan mata anda menerima terlalu banyak cahaya dan akan merosakkan mata.

    2. Pastikan kedudukan monitor anda selari dengan mata atau bawah sedikit daripada pandangan mata. Ini bertujuan supaya mata dan juga leher anda tidak cepat letih.

    3. Berehat sekurang-kurangnya 15 minit dengan memandang tempat yang jauh selepas menggunakan komputer selama 1 jam. Ini bertujuan mengurangkan keletihan mata dan juga memastikan anak mata sentiasa sihat.

    4. Seboleh-bolehnya kerusi yang anda guna selesa dengan badan anda. Meletakkan bantal kecil dibawah punggung anda juga boleh memberi keselesaan jika anda menggunakan kerusi kayu.

    5. Pastikan tetikus (mouse) anda selaras dengan tinggi kedudukan anda. Jika kedudukan mouse terlalu tinggi atau rendah, ia akan menyebabkan keletihan pada tangan anda.

    Semoga anda dapat menggunakan kemudahan yang telah sedia ada dengan sepenuhnya dan sekaligus meningkatkan mutu pembelajaran anda..

    selamat mencuba!
    Sekian terima kasih...

    ReplyDelete
  6. pada pendapat saya, penggunaan ICT dalam subjek matematik dan sains sangat berfaedah dan digalakkan. ini kerana denagn adanya ICT ia dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih baik iaitu menggunakan ICT sebagai alat bahan bantu mengajar. selain itu ika juga dapat mendedahkan pelajar tentang teknologi sesuai dengan peredaran zaman yang menggunakan ICT dalam semua bidang

    ReplyDelete
  7. ICT DLM PENDIDIKAN SGT2 MEMBN2 DLM PROSES PNP. AS BBM, IANYA MEMUDAHKAN LG PARA GURU & PLJR MENYAMPAIKAN PENGAJARAN & MENERIMA PEMBELAJARAN.SO, GURU MESTILAH BYK ILMU TTG ICT KALAU X, PLJR AKN KETINGGALAN MENGEJAR ICT, LBH2 LG BG PLJR YG KT LR BNDR. DLM MATH & SCIENCE, GURU HARUS BIJAK MENYESUAIKAN PERISIAN YG MN PATUT DIGUNAKAN UNTUK MENARIK MINAT PLJR DLM PNP SETERUSNYA MELANCARKAN PROSES PNP.

    ReplyDelete